Aku kan, bila orang mesej handphone aku time time aku takde $$$$ bukan main dorang marah, tapi bila aku mesej dorang time dorang ada $$$$ kan, tak pernah pun dorang nak reply. Biasalah, aku kan selalu dipinggirkan. :(
Aku kan, bila aku cakap benda yang betul, depa selalu je tengok aku dengan mimik muka menjengkelkan sambil cop aku ni budak-selalu-cakap-benda-salah. Tapi bila dorang dah tau benda yang aku cakap tu betul, dorang mengaku dorang lah yang "jumpa" dulu. Biasalah, aku kan selalu dipinggirkan. :(
Aku kan, bila aku cakap aku ni ada bakat tersendiri kan. Mesti dorang tengok aku ni macam aku ni tak layak ada bakat. Tapi, bila aku TERTUNJUK bakat aku kat depan dorang kan, dorang cakap "asal kau tak cakap awal-awal?". Biasalah, aku kan selalu dipinggirkan. :(
Aku kan, bila aku berbaris pergi mana-mana kan, kalau aku dapat berdiri yang paling depan. Makcik tu bukan nak layan aku pun, dia layan orang kat belakang aku dulu. Takpe makcik, saya tau lah saya tak comel. Padahal dekat tepi tu dah tulis sila mengikut barisan. Biasalah, aku kan selalu dipinggirkan. :(
Hishhh, dah lah. Aku malas nak emo lebih-lebih. Kalau aku nak emo pun macamlah ada orang nak ambik tau. Biasalah, aku kan selalu dipinggirkan. :(
2 comments:
elek lh mama vogue k
boh nak emo2 lak mek embak ktk g paris or rome hahah
@fini :
lepas ktk pdh gya alu ilang emo2 mek. hahaha
Post a Comment