03 June, 2011

Penat.

Penat nak menangis. Penat nak sakit. Kan senang kalau hati aku boleh diprogram. Dengan senangnya aku boleh buang jauh - jauh apa yang aku rasa sekarang. Itu pun kalau boleh.

Rasa kecewa itu macam dah sebati sangat dengan aku. Macam rutin harian. Satu hari tak nangis, itu bukan aku. Semestinya, aku tak nangis depan ibu. Buat malu, sebab depan ibu aku tunjuk aku perempuan gagah. Perempuan kalis tangisan. Aku rasa, depan semua orang pun aku tunjuk aku kuat. Sengaja. Bukan susah nak kaburkan mata orang dengan pura - pura tunjuk kau kental.

Mata manusia - senang tertipu.

Secara jujurnya, aku lemah. Aku tak kuat. Aku tak cukup kuat untuk tunjukkan depan semua orang yang aku lemah. Bukan semua benda aku boleh berdiri guna kaki sendiri. Ada masanya, aku perlukan bantuan. Tak susah, cukup sekadar kau pinjamkan bahu untuk aku menangis, dan telinga untuk kau tadahkan.

Jadi, soalnya bila sudah kecewa. Aku dah tak rasa apa - apa. Badan aku secara otomatisnya akan kebas bila kecewa. Bila badan kebas, mesti kau tak rasa apa - apa. Nak kurangkan rasa kecewa? Mudah. Pasang headphone, volume to the max, lupakan dunia.

Hati aku tengah hancur. Masih tunggu proses pembentukan semula hati aku. Apa yang paling sesuai dalam proses ni? Masa.




p/s : Bila hati tengah ranap, aku tak rasa alkohol dengan kokaina sesuai untuk buat hati jadi lebih baik. Itu cari penyakit namanya.

2 comments:

Amar Za'im said...

Life is like a heart monitor. without the ups and downs you arent living.

When your heart beats are getting slower, make sure you ask 'the machine' for help. If not you'll gone.

Sila tabah nynaa yang kacak dan tegap!

Nina Zamhari said...

adehhh. thank you sangat2 amar. terharu bila baca komen ni.

yes, selain blog. 'the machine' pun jadi tempat mengadu nina sekarang.

thanks, again. :)

template made by:budakbanyakcakap :)