07 June, 2011
Angka 16.
Aku selalu jatuh. Bila dah jatuh memang susah untuk bangun semula kan? Tapi aku cuba. Bila cubaan untuk bangun semula itu gagal, disini lah aku akan cuba untuk sabar. Walau hakikatnya, aku bukan seorang yang penyabar.
Macam yang ibu ajar waktu aku kecil. Bila kita nak kan sesuatu, contoh terdekat, kita mahukan mainan. Ibu cakap,
"boleh tapi kena sabar. Kita tunggu gaji abah dah masuk. Nanti boleh kita beli mainan ok? Hujung bulan bukannya lama."
oh ya, aku bukan anak orang gaji besar yang bila - bila masa ibu boleh belikan barang mainan. Lagipun, ibu selalu pesan, bila kita sabar kita akan dapat apa yang kita nak.
Samalah macam aku yang selalu jatuh ni. Aku kan loser. Aku sudah terbiasa jatuh, jadi bila jatuh untuk kali yang seterusnya rasa malas untuk bangun semula itu memang ada. Bila difikirkan, aku mesti berusaha untuk bangun walaupun susah. Aku masih punya sebab yang kukuh untuk bangun dan berdiri dengan megah. - keluarga dan sahabat.
Walaupun aku selalu jatuh, bangun, jatuh dan banguns okay aku tau aku ada letak s dekat bangun tapi aku malas nak backspace ok sambung lagi. Walaupun aku selalu jatuh dan bangun, mereka tetap ada menerima aku seadanya.
Selamat ulangtahun untuk diri sendiri yang ke enambelas tahun. Setelah puas dicaci dan dikeji kerana sering terjatuh aku masih mampu untuk terus hidup. Kalau tak ada orang yang menyokong dari belakang. Rasanya, tak ada sebab lagi untuk aku terus bangun dan hidup.
Angka 16 tak ada mengubah apa - apa untuk hidup aku buat masa ni. Hidup tetap sama. Mendatar. Tiada naik tiada turun. Masih kekal di bawah. Hanya perlukan sokongan untuk menolak aku terus ke atas. Masih perlukan semangat supaya aku tak jatuh lagi selepas ini.
Tahun depan tahun maut. Bukan disebabkan tahun kiamat akan dekat, tapi tahun depan aku SPM. Kalau aku gagal SPM, mungkin aku duduk merempat pada tahun 2013. Merempat pada umur 18. Cool huh? Cool waklu! Entah-entah muka aku ni yang selalu tengok tidur berdengkur dekat masjid.
Ok, tadi aku gurau. Ibu aku masih punya hati perut. Paling kurang pun kalau gagal SPM, dia suruh aku kahwin terus. Ok, aku tipu lagi.
Cuma aku perlukan doa supaya semangat belajar aku tak hilang sampai tahun depan. Aku makhluk cepat bosan, tahu?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
yerr , bgoz . troskan bangun . hepi ulangtahun yoow ( suka rojak2 nie) haha
yes dan harap lepas ni tak jatuh lagi. haha
Post a Comment