entry pasal roda, tapi aku letak gambar bunga. #punboleh
gambar diambil dari sini
Roda.
Bentuk roda bulat. selama aku bernafas dalam dunia ni belum lagi aku jumpa roda segi empat. Aku cuma dapat bayangkan kalau roda itu bentuk segi tiga. Mesti ada yang heboh cakap roda itu ada unsur illuminati. hehh.
ok, kembali serious.
Hidup macam roda. Roda kan berpusing. Kejap atas, kejap bawah. aku tak tahu untuk kali ke berapa aku selalu ulang ayat ni. rasanya dekat entry aku yang dulu dulu pun ada jugak aku taip ayat ni. - rasanyalah.
Hidup bukan selalunya kena gembira. Macam aku, kalau hidup aku happy. Happy lah. Tapi yang pasti bukan setiap hari aku happy. Kadang-kadang hidup aku macam sial jugak. Ada yang sampai cakap aku ni murung je manjang.
Selalunya, sebelum tidur aku akan fikir banyak benda. Aku jenis makhluk yang otaknya sentiasa berfikir. Kadang-kadang aku tolong fikirkan masalah orang lain, padahal 'orang lain' tu pun tak kisah dengan masalah sendiri. Fine, kita sambung bahagian sebelum tidur tadi.
Aku berfikir sambil aku tutup mata. Soalan yang selalu keluar dalam otak 'what if I die tomorrow?' - dalam otak aku fikir, apa ada hal kalau kau mati besok, bukan ada orang kisah. tapi dalam hati aku cakap, "ada tak orang nak ziarah kubur aku nanti?" "ada tak orang yang nak sedekahkan aku yassin setiap kali malam jumaat?" "ada tak yang sedekahkan aku al-fatihah nanti?"
Soalan-soalan ini lah yang selalu keluar.
Tapi itu kalau. Aku bukan nya nak mati sekarang. yang pasti, aku tak kan mati ikut style Kurt Cobain. Kau gila nak mati bunuh diri? Tapi hidup memang macam ni lah kan, bila kau masih hidup orang pandang kau macam sampah. Tunggu bila kau dah mati, baru orang nak ingat balik jasa baik kau buat masa kau lagi hidup. Itu orang cakap. Aku pun tak tau. Aku belum cuba untuk mati lagi.
No comments:
Post a Comment