12 March, 2011

Mari bercerita perihal diri sendiri.

Assalamualaikum.


Lama tak update blog. ya. aku tau. sejak akhir-akhir ni nafsu aku nak berblogging semakin berkurangan. tak seghairah dulu. sudah sudah. ini bukan nak melucah. aku cuma nak bagi ayat yang sesuai untuk menggambarkan kenapa aku dah lama tak update blog.


aku dah tukar background blog. aku letak stripe memanjang ke bawah. aku sengaja letak stripey sebab aku nak menampakkan sisi langsing blog ni. Disebabkan tuan punya blog tak berapa nak langsing, blog harus lah langsing. ya. ini adalah teknik mengaburkan mata pembaca apa lagi pembaca di alam maya ni. Alam maya, mana ada yang betul. Semuanya tipu. Macam iklan kecantikan lah. Depa tu semua photoshop je. Muka aku jerawat penuh pun boleh cun kalau diphotoshop.


header pulak, aku buang. Aku nak tukar header baru. tapi disebabkan aku ni bukan seorang yang kreatif atau dalam erti kata lain takde bakat seni dalam diri, aku biarkan dulu. Nanti mana tau tengah sedap berak idea nak hias header datang. Idea selalunya akan datang tiba-tiba tanpa kita duga. terutamanya dalam jamban. Memang syok kalau masa tu kita tengah meneran tunggu tahi nak keluar.


Panjang pulak muqadimmah. Bukan ini yang aku nak cerita sebenarnya dan bukan berapa ketul tahi yang keluar masa idea tengah datang juga aku nak cerita. Aku nak cerita tentang diri sendiri. Aku jarang cerita pasal diri aku. Entah-entah ada yang baca blog aku pun tak tahu umur aku berapa. Sebab aku takde nyatakan umur aku dekat tepi, tengah, bawah, atas, atau mana-mana bahagian dalam blog ni. Baik. Mari kita mulakan.


Sebelum kita mulakan. Mari merosakkan mata kalian dengan gambar-gambar aku. Buat yang dah add mukabuku aku. Mungkin kau dah tau muka aku macam mana. tapi bagi yang belum add atau yang baru follow blog ni mesti tak tahu muka aku macam mana. tapi sebelum tu, aku nak mintak tolong jangan gelak. aku tau, aku ni tak cun sangat. tapi bersyukur lah. sekurang-kurangnya aku ada hidung, ada mata, ada mulut. Kan?


tolong jangan gelak 1

tolong jangan gelak 2


cukup lah dua keping gambar aku tunjuk dekat sini. aku nak kau baca blog aku. bukan tengok gambar gambar aku. dah tau kan muka pemilik blog ni macam mana? ya. biasa saja. kita sampai mana tadi? ahhhh. aku lupa dah aku nak taip apa. ............................................


ok aku dah ingat balik. Semua dah tahu nama aku kan? Nina. bukan Maya Karin, atau Sharifah Aini juga Anita Sarawak. tapi Nina. Nama panjang Nur Husnina. Umur? aku taknak bagi tau berapa umur aku dulu. Sebab bila aku cakap umur aku berapa mesti ramai yang tak percaya. Ok, skip bahagian umur.


start minat berblog tahun 2008. Masa tu aku ada blog lain. Blog tu lebih kepada cerpen atau novel. ada jugak lah beberapa peminat setia yang baca cerita aku dekat blog tu. tapi aku terpaksa delete blog tu atas sebab errr aaa aku malas nak sambung cerita dekat blog tu. Jadi, tahun 2009 aku buat blog ni. tapi kenapa post sikit sangat? sebab aku suka delete post lama aku. Follower pun tak ramai lagi. Sebab keinginan berblogging berkurang dari semasa ke semasa.


Apa lagi? aku rasa cukup lah buat setakat ni. Sebab aku tak rasa ada apa apa yang menarik untuk dikongsi dengan semua. Lama dah tak buat segmen Kwek kwek bersama Kak Anina Sarawak. Mungkin entry seterusnya aku akan buat segmen tu lagi. tunggu tau kedatangan Kak Anina Sarawak. Sesiapa yang tak tau apa segmen kak Anina Sarawak, sila click older post. Ada beberapa entry yang ada segemen Kwek Kwek bersama Kak Anina Sarawak.


pssst : aku rasa entry ni panjang sangat. Ada tak yang baca sampai habis? muahahaha.


6 comments:

amar said...

saya baca sampai habis!yeay.ade hadiah tak kalau dah baca sampai habis? :P

i just like the phrase, " aku tau, aku ni tak cun sangat." tak cun sangat ,tapi still cun kan?? i got what i meant! hahaha

Nina Zamhari said...

@amar : takde hadiah lah. sorry. haha


weyy weyyyy. apa yg dipikiran oleh mu ini? haha

fotografermuda said...

aku suka part
'nak menampakkan sisi langsing blog ini'.
hahaha XD

Nina Zamhari said...

pikah : hahahahaha. welll. haha

qinaysf said...

ok,sye dah bce entri smpai habis n xtggal spatah yat pon..hehe

Nina Zamhari said...

@qin : hehe. terima kasih awak. :)

template made by:budakbanyakcakap :)