tett tett. kita bersua lagi dalam rancangan Kwek Mambo Anina. apa? macam rancangan Kwek Mambo Anita? ehhh hellllo. Saya peminat setia Kak Nita, tau? Harus lah nama rancangan pun sama. tapi yang penting, kak nina sayang korang sampai kiamat! awww. dahhh dahh. bila nak start ni. ayyo. tapi sebelum itu, point-point yang akan di bagi nanti bukan lah dari kepala aku sebenarnya. Tugas aku tolong huraikan je, sebab pembagi point ni tak tau nak hurai macam mana. Mungkin dia belum ada lagi bakat membebel macam aku. tak, semua orang pun ada bakat membebel, cuma perlu diasah. yepp. di sini, kak nina akan memperkenalkan pembagi idea untuk entry kali ini. drum roll pleaseeeeeeeeeeee. dudududushhh!
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
apa maciam? comel? yea. dia masih single. nak number talipon, add facebook dia dulu. nama diberi Dayangko Nur Afini binti Pengiran Damit. Kita
panggil dia makcik fini je. Sebab hari tu dia cakap, dia suka orang panggil dia makcik fini. terima kasih makcik fini kerana menyumbang sesuatu. hehe. jangan marah.
Baik. Mari kita mulakan ye. Maaf ye anak anak. Kak nina ni memang suka merapu. Yang penting, kak nina sayang semua sampai kiamat. *lagi.
1. Sweet Talker.
- hahah. kita gelak dulu. ehhem. yep. sweet talker. tau apa itu? sweet talker? mengikut translation google translate yang macam haram, sweet talker bermaksud manis pembicara. macam syial tak bunyi? kita santaikan sikit. bermulut manis. kan sedap bunyi tu. Pantang orang perempuan kalau lelaki jenis ni. Bermulut manis is a big NO NO! Kalau berwajah manis? Yes. Itu orang perempuan suka. Ye lah, sometimes sesetengah perempuan memang cair dengan para lelaki yang sweet talker ini. tapi ada jugak sesetengah tu boleh detect dari awal lelaki macam ni. Kebanyakan lelaki di dalam golongan ini adalah kasanova, player or apa apa je. Jadi, berhati-hati ye perempuan comel di luar sana. Lelaki ni memang pantang tengok perempuan comel sikit.
epp epp. dia kepunyaan saya. he's mine!
2. Over/Gedik/Bajet.
ada sesetengah memang very the over sampai meremang bulu monyet.
Yang gedik tu toksah cerita laa. Lagi menyampah aku tengok.
Kalau boleh mau aku baling dekat laut china selatan. yepp.
lelaki pun ada yang gedik okay? contoh? Aril Menatap Matamu.
Ya ampun Aril. gediknya kau. Nasib comel.
lepas ni mesti kipas susah mati aril hentam aku. huahua.
maaf ye.
gedik gedik pun comel. okay lah tu.
Yang spesies bajet ni memang panjang aku nak hurai.
Perempuan memang tak suka lelaki bajet cool, bajet jambu, bajet hotstuff!
melainkan kau memang hotstuff itu memang boleh diterima pakai lah.
Kitaorang perempuan memang suka tengok lelaki kacak tapi tengok je lah kot.
kalau aku lah. Macam kau yang lelaki jugak kan?
Suka tengok perempuan comel,
lagi tak cukup kain, lagi kau suka.
Rezeki depan mata katanya. Amboihh.
Kalau nak carik bini bukan main cari yang alim. Okay, lari dari point asal.
3. Janji kosong!
ermmm. ni lagi lah kak nina tak berkenan. apa ni?
bagi janji.
kata nak beli banglo sebijik untuk kita kalau nak kahwin nanti.
tapi harrramm. duit topap pun mak bapak tolong beli.
entah entah berak pun bibik kau tolong cebok. errrr. okay.
tak de kaitan. tapi betul lah. kata nak setia lah
apa lah. tolong, kalau tak yakin dapat tunaikan janji tu.
Jangan berjanji! paham? tak paham?
aku ni dah taip bahasa melayu dah ni.
kalau aku taip bahasa sarawak nanti ada yang complain
tak paham. haishh. ke nak aku taip bahasa sepanyol?
aku kan ada darah kacukan sepanyol.ehh? tak tau ke?
laaa. saje taknak bagitau. okay. sambung balik.
jangan bagi kaum perempuan janji kosong.
dialog standard orang selalu buat janji kosong.
Samdol : sayang, I janji dengan you, I takkan layan you macam ex boyfriend you buat sebelum ni
Senah : yeke? sweet lah you ni. I cair pulak tiba-tiba bila you cakap macam
tu.
Samdol : I memang sweet, tapi I akan bertambah sweet kalau you
selalu dengan I.
tapi tupp tuupp hhhhaaahhaambikk kau,
beberapa bulan kemudian bila lelaki tu dah bosan
dengan kau dia pergi usha chikaro baru. amboiiii.
ayat yang sama jugak lah kau buat dengan makwe baru kau kan?
elllehhh.
konklusi :
jadi, para lelaki.
jika anda ingin menjadi menantu pilihan ibu mertua.
sila jangan lakukan perkara di atas.
tapi sebenarnya banyak lagi aku nak taip, tapi yang tiga ni cukup kot.
Makcik fini bagi 5 sebenarnya. aku je yang memandai kurangkan jadi 3.
nampak sangat aku pemalas. haha.amacam?
okkay tak kalau aku ada rancangan Kwek kwek Anina?
best jugak woah feeling aku ni macam Anita Sarawak.
Kwek kwek kwek. bye bye! jumpa lagi. sila sila lah tinggalkan komen.
kalau tak tinggalkan komen. tinggalkan lah jejak anda di chatbox kat tepi ni.
hehe. bebaii. akan berjumpa lagi di lain waktu di rancangan?
KWEK MAMBO ANINA!
picture credits to : google.
pssstt : blogger memang mengecewakan malam ni. penat aku. sebab tu lah start dari point 2 tu macam dah
tak semenggah je dia pnya align. seddehh!
No comments:
Post a Comment