26 November, 2010

Cara-cara melupakan orang yang kau sayang.

okay. yang ini aku buat survey lah. aku tanya orang itu, tanya orang ni. Aku tanya dorang cara lupakan orang yang dorang sayang sangat kan. Kenapa aku boleh buat entry pasal ni? Yelah. Bosan dohh aku bila orang chat dengan aku mesti ayat ni aku jumpa. "nina, aku tengah frust laa." "nina aku kena reject laa." nina blablabla. Bosan, tau? Aku ni ada ciri-ciri doktor cinta ke apa? Huahua. Rasanya kau salah orang kot. Tapi takpe, aku suka jugak kalau dengar problem orang walaupun aku taktau nak bagitau orang apa problem aku. Eh? Apekah? Jadi, kita teruskan laa eh. Kalau aku membebel je boleh penuh satu page. Haha. Okay, tak kelakar. Ehemehem. Jengjeng.

1. Berhenti jadi stalker.
- meh aku huraikan yang hini. Paham tak apa maksud aku kat sini? STALKER! tau kan apa maksud stalker? Mustahil kau tak tau stalker tu apa. anak
buah aku umur 5 tahun pun tau apa maksud stalker. Kalau orang yang korang sayang tu ada facebook ke, twitter ke, or apa apa yang berkaitan, try jangan bukak profile dia. Eh dia tu sapa? Dia tu orang yang korang sayang laa. ayyo amma! Yelah, kau sanggup ke nyah? bila tengok orang yang kau sayang dulu dok feeling feeling dengan orang baru. Nak remove? Yes. Silakan.


2. Kalau tengah sedih, jangan dengar lagu jiwang.
- habis kalau happy, kena dengar lagu sedih laa eh? tak. bukan itu maksud aku sayang. Kalau sedih, dengar lah lagu happy. Ini sangat berkesan ye anak anak. Aku dah try masa lipas belaan aku mati itu hari. Ok. Tipu. tapi memang betul lah, tengah-tengah sedih tu lagi bagus kalau pasang lagu poco-poco, sambil sambil menari boleh turunkan berat badan kan? Siapa jugak yang untung? Kau jugak. Tapi jangan dilayan sangat lagu jiwang tu. Nanti tau pulak kan kau mengadu lagu jiwang-jiwang ni dok perli kau.

(diantara band Indonesia yang ada dalam
playlist lagu-lagu orang tengah kecewa)


3. Sibukkan diri anda.
- yang ni maksud aku, bukan lah sibukkan diri jaga tepi kain orang. Tak. Macam, keluar lah lepak dengan member ke. Borak borak hal hal isu semasa. yang lelaki tu borak bola ke, game ke. yang perempuan pasal fesyen ke, gosip ke. Choppp! Diingatkan, jangan borak pasal cinta. Mau banjir tempat korang lepak tu nanti, kalau kau perempuan laa. Ehh? Lelaki ada yang menangis ke? Ohh. Aku memang salute lah kat lelaki yang menangis ni. Bukan senang lelaki nak menangis, kan?
(ehh? gambar ada kaitan ka? ada. busy-kan diri macam ini pun boleh.)


4. Jangan menyendiri.
- wahai kawan kawan ku yang sedang kuchiwa. Tolonglah, awak tu tengah sedih. Jangan lah kau duduk sorang sorang dalam bilik, sampai tak nak makan. Apa yang kau buat dalam bilik? Hahh hahh. Jawapan ada di point nombor 2. Mak kau masak ketam lomak cili api favorite kau, ehh boleh pulak kau buat bodoh. Takpe makcik, anak makcik taknak makan ye? Meh hulur lauk tu sikit kat saya. hikhik. Tapi point ni kau sendiri pun boleh fikir apa. Ni berkait jugak dengan point nombor 3.
(brrpp. tengok pun macam sedap. apa lagi kalau makan. mesti lagi sedap. ketam pulak tu. haish.)


Cukup sampai sinikan? Cukuplah. Aku sekadar meringkaskan apa yang tidak ringkas je. Hehh. Kau ingat senang aku nak buat ni? Terpaksa aku tebalkan muka mintak tips kat orang yang lagi berpengalaman, tau? Gigih jugak aku mencari. hehe. Mesti dorang ingat aku ni gatai nau nak bercinta. Hekk ellleh budak 15 tahun nak bercinta. Huhahuaha. *gelak jahat. Sebelum tu, aku nak mnta ampun mintak maaf. Andai aku ada terkasar bahasa. Aku pun manusia jugak. Tak sempurna pun. Sana sini cacat cela. Ok?

dah habis baca? Habis tu tak reti reti nak bagi komen? Ok baru tadi mintak maaf. Sila silalah komen. Mekasih. Bebaiiiii.

picture credits to : uncle google

3 comments:

Squeaky McFini said...

yer tips terbaek d pasaran mama vogue salute lh

Nina Zamhari said...

terima kasih. salute? haishh. jangan! jgn x salute. haha

Squeaky McFini said...

hahah *salute*

template made by:budakbanyakcakap :)