13 February, 2011

Cinta pada yang satu, bukan dua atau tiga tapi satu.

assalamualaikum.


sila tepuk tangan sebab tak pernah pernah aku update 2 entry dalam masa satu hari! kau nampak tak? kerajinan aku berganda. aku bangga. kau bangga tak? kau sepatutnya bangga. sebab aku dah bertambah rajin. dulu aku malas. erkk. tak, sekarang pun malas jugak. hehh. jom kita mulakan.


dah baca tajuk kat atas tu? bagus. itu maksud nya kau tau membaca. tak sia sia mak bapak kau berpeluh ketiak hantar kau pergi sekolah tiap tiap hari. ehh ketiak bapak aku tak basah. sebab dia hantar aku pergi sekolah dengan kereta. kereta bapak aku ada air cond.


( tak, ini bukan gambar aku. aku culik kat Devianart )


Pernah jatuh cinta? tipu lah kau cakap kau tak pernah jatuh cinta. aku yang nampak-brutal-tapi-dalam-hati-ada-taman ni pun pernah jatuh cinta. kalau tak pernah jatuh cinta dengan manusia pun. mesti kau pernah jatuh cinta dengan objek bukan? contoh? baik, kalau kau pencinta gitar. pulak masa tu kau teringin sangat nak gitar baru, kau limpas lah kan satu kedai gitar ni. usha punya usha gitar. kau dah berkenan dengan satu gitar. masa tu jugak kau dah jatuh cinta. tapi kau tak terus beli. kau tunggu sampai harga dia turun sikit dulu. Lepas tu, tiap tiap hari kau update status kau dekat facebook. "omjayyyyy, im in love with that gitar." bla bla yada yada. faham tak apa yang cuba aku nak sampaikan disini? ahhh tak paham sudah.


sebenarnya, aku agak pelik jugak dengan sesetengah manusia ni. boleh pulak dia suka dengan 2 orang dalam satu masa? bila ditanya yang mana dia sayang lebih. dia cakap dia sayang dua dua. ehhh? bukan selalu nya akan berat sebelah ke rasa suka tu? fine. itu bukan cinta. itu TAMAK. aku gelar orang yang boleh suka ramai orang dalam satu masa ni TAMAK. okay, mungkin bagi sesetengah orang ni, kalau suka dengan ramai orang. kira kalau tak dapat yang sorang ni, yang sorang ni dapat backup. tapi bagi aku, itu tetap tamak.


itu pandangan aku lah, sebab mungkin aku ni jenis kalau aku dah sayang dengan sorang ni. aku akan sayang dia ketat ketat. amboii. ketat ketat tau. takde ayat lain ke? maksud aku, aku tak kan suka dekat orang lain dah. aku akan suka kat lelaki tu sorang je. macam cik abang saya sekarang. hehh.


ok. tu je lah aku nak taip. idea aku tiba tiba hilang lepas dengar lagu Grenade. haish. lain kali update lagi. ok babai.


psst : lain kali aku update pasal cik abang.



4 comments:

Amar Za'im said...

jap,cik abang tu refer kat P.T eh?
ke orang lain??
haaaa.kantoi suda~

#F said...

uuu..cik abang?nak tau nih!tak sbr ler..

didiyanaEhsan said...

blog walking..nice blog btw..kalau free singgah la kat my blog.. didiyanalove.blogspot.com

Nina Zamhari said...

Amar Za'im : AMAR GEDIK! bukan laa. ni orang lain. ekeke.


Nyna_foreveR : ehh! nama kita sama! hi-5! haha. sabo ye sabo. tunggu. ahaa


didiyana : thanks, akan menerjah nanti. :)

template made by:budakbanyakcakap :)