12 December, 2010

diantara keywords yang sesat masuk blog aku.

haish. tadi masa tengah bosan-bosan. aku bukak lah stats yang dekat dashboard tu. aku tekan-tekan nak tengok berapa viewers. walaupun tak seberapa. sobs. tiba-tiba I terkejut beruk uols tengok. Sedangkan blog aku yang tak ramai orang nak baca ni pun ada keyword yang entahapaapa, apa lagi blog blog yang dah best and famous tu. haish. nak tengok tak? nak 20 sen! kau ingat tak susah ke nak print screen ni? untung-untung aku tengah rajin. haish. takpelah. 20 sen tu apa lah sangat kan.

nampak tak? nampak tak? kalau tak nampak sila klik supaya nampak.

ni je yang dapat aku print screen. hehh. meh aku hurai satu satu keywords yang ada.

apa maksud stalker? haihh. stalker kau tak tau? kesian weh. belajar sampai darjah berapa ni? tak. bukan nak kutuk. masalah nya ni word yang simple kot. ehh? kamus takde ke? rumah takde kamus? kalau takde aku boleh sedekah satu. rumah aku ni banyak nau kamus. disebabkan rumah kau takde kamus, aku tolong bagitau apa maksud stalker. stalker ni kira macam penghendap lah, ehh ke penskodeng. alaaa. lebih kurang lah. aku pun tak tau nak explain macam mana. tapi adik beradik dia lah tu.


5 ayat jiwang korea? amboihhhh. hoi. tau lah aku kacukan korea. sampai ke sini kau carik kan. ni mesti nak ngorat perempuan ni. selalu lelaki lah yang carik ayat-ayat macam ni. ellleh. macam lah aku tak tau kannn. atau pun baru gaduh dengan gepren kau semalam. alaaa. macam aku tak tau. tapi sorry lah, aku pun tak tau sangat ayat jiwang korea ni. tapi rasa nya ada dalam blog abangnara. sebab hari tu ada terbaca ayat jiwang korea. ok lah. sebab aku baik, aku bagi satu. Saya tidak tahu siapa di dalam hati awak tetapi dalam hati saya ada awak. jiwang kan?memang.

apa erti stalker dalam bahasa melayu? tadi dah jawab kan. ok. skip. NEXT!!

apa jawapan yang korang dapat bila korang yang tak roman? roman ni apa? romen eh? aku tak paham. tapi kalau betul roman tu romen, memang aku tak tau. apa barang bai main romen romen dalam blog gua. ok, gua taknak jawab yang ni. NEXT!!

apa yang d maksud banjir? kau sihat tak? aku rasa ni mesti mat bangla baru datang kerja kat malaysia. banjir pun tak tau. aku rasa ni kan sebenarnya dia nak search apa yang d maksud banjir peluh sebab saya mat bangla saya rasa ketiak saya basah dan berbau. ok, NEXT!!

ayat ayat jiwang yang sedih? NEXT!!

HIDUNG JAMBUUUUU???!!!! NEXT!!
KARAKTERISTIK HIDUNG JAMBU???!!! NEXT!!
MACAM MANA NAK BUAT BLOG KELUAR DEKAT GOOGLE INDEX??!! NEXT!!

okay, ini last. aku tau korang dah menyampah baca NEXT!! dari tadi. tapi yang ni sumpah aku suka nak hurai. suka sangat.

klik kalau tak nampak. kalau tak nampak jugak pendek umur lah tu.

meh hurai sikit. blogspot aku lelaki gay? HOIII! AKU PEREMPUAN LAH. ke aku ni macam lelaki? sobs. sedih nya. yelah. aku tak kisah lah kau nak cop aku ni lelaki, tapi ni tak. kau tambah GAY dekat belakang. ni yang nak merajuk seribu tahun ni. srott srott. *hingus meleleh. tapi tahukah anda gay bermaksud happy? jadi. kau nak cari blog lelaki-lelaki yang happy lah ya? hohhh. banyak sangat aku nak list kan dekat sini. tapi banyak je kot lelaki yang happy ada blog. saya pun seorang yang gay-go-lucky jugak. means, saya pun seorang yang happy-go-lucky. aiseyyymenn. memandai je I tukar ayat jadi gay-go-lucky. ehh best jugak kan kalau jumpa orang yang baru kita kenal, lepas tu kita cakap. HAI, NAMA SAYA ABU. SAYA SEORANG GAY. AWAK? perghhhh. aku nak tau apa jadi lepas tu. hehh. ok. sampai sini je aku dapat hurai. blog korang pun mesti banyak keywords merapu kan?

pssst : SAYA SANGAT GAY!

No comments:

template made by:budakbanyakcakap :)